QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
13 September 2010

Aurat : Bila mereka pun dah pandai berhujah

Assalamualaikum. alhamdulillah syukur aku panjatkan kepada ALLAH kerana di beri peluang lagi untuk berkongsi sesuatu yang entah bila boleh habis.  Raya ni semuanya nampak cantik dan anggun. Namun, mereka masih tak lepas soal penutupan aurat. nipis hingga nampak susuk tubuh.. walaupun memakai inner, namun susuk tubuh masih kelihatan. Selendang panjang tapi tak lebar. Nak senaraikan memang takkan habis. Mereka pun sebenarnya tahu cuma tak ambil kisah.  Benarlah apa yang di katakan Nabi 1400 tahun dahulu semuanya telah kelihatan sekarang. Itulah yang terjadi bila menutup aurat bukan jadi keutamaan tapi kecantikan semata. Aku pun malu bila melihat penutupan aurat kaum hawa yang tak sempurna . Tak semestinya kena bertudung litup kalau nak menutup aurat. Tapi tepatilah apa yang di maksudkan dengan penutupan aurat yang sebenar.  Di sini aku ingin berkongsi sedikit sembang-sembang di salah satu ruangan sembang yang aku terbaca malam tadi.

"assalamualaikum,sya tidak pasti samda saudara saudari mempersoalakan diri sya atau org lain??... tapi kalu untuk saya terima kasih atas teguran yg x seberapa itu. ok sya nk ckap sikit, org sekarang x pandang org yg bertudung litup itu alim, org bersongkok sepanjang masa itu warak,.... bak kata org barat la kan "don't judges the book by its cover" dlm erti kata lain jgn menilai org cuma dr luaran sahaja.  
pernah dengar x pada zaman nabi di mana seorg PELACUR di masuk kan ke syruga hanya kerana dia memberi minum kepada seekor anjing yg kehausan...jd kita ini yg hanya manusia biasa kenapa suka mempersoalkan tentang diri org lain, adakah kita sudah mencerminkan diri kita sbelum mempersoalakan org lain?? itu anda jawap sendiri...saya cuma nk bg tau jgn cepat melatah... apa yg saya tulis kan di atas itu adlah untuk renungan kita bersama.. saya hanya menyampaikan mana yg saya rasa kita boleh kongsi bersama... sekian wassalam"

"kalau XXXXX cakap zaman nabi tu ade pelacur dimasukkan ke syurga hanya krne beri minum anjing, takkan saudari nak jadi macam tu?saya tak cakap saudari ni pelacur ye, dont get it wrong. takkan saudari hanya nak bertaubat setelah tua kelak? maut ni tak menunggu...harap2 saudari bertaubat...kalau saudari tak mahu orang bercakap tentang saudari, and even saudari taknak menutup aurat skalipun, at least put the another picture..yang sedap mata memandang.,sekian, wasalam"

"saya nk igt kan yee.. zamn skarang ni ORG YG BERTUDUNG BELUM TENTU ALIM, ORG YG BERSONGKOK PUN BELUM TENTU WARAK... kalu yg terasa mintak maaf.. tp ini kenyataan zamn sekarang yg korg kene trima... org zamn skang ni xpandng yg bertudung 2 baik yg x bertudung 2 jahat... akhir zamn ni smua nye dah terbalik... so dr korg nk menasihatkan org lain tolong pstikan dlu diri sendiri benar2 betul. saya xkata kesemua yg bertudung cam 2... kalu korg rajin membaca ko tau la ape maksud yg saya katakan ni... JGN NK MENILAI ORG DR LUARAN."
"i juz being my self n  im not a hipokrit...i xpkai tudung, so what? it's not ur problem!!..."  

"saya setuju bukan semua orang bertudung dan berkopiah alim...tapi kita tak leh jadikan tu alsan dan benteng tuk menidakkan yang menutup aurat tu di wajibkan...ape pun, semuanya terpulang kepada diri sendiri, kpd kawan2 kita tak leh paksa orang...kan yang penting, ilmu tauhid...jangan smpai kita heboh pakaian orang, yang utama terbarai...tapi kalo dpt tutup aurat lagi cantik..baru sempurna, manis je...kepada XXXXX, fikirkan sejenak ape yang kawan2 tegur, pada kawan2, kita sendiri pun kena sentiasa muhasabah diri bnyak2... 
pasal kisah permpuan pelacur di zmn rasulullh tu, tu mungkin antara 1 dlm sejuta, tak leh jadikan tu sebagai hujah utama...takut orang2 yang kurang pengetahuan akan terkeliru nanti....."

"saya pn rse XXXXX harus menutup aurat...sbg seorang muslimah harus die menjaga dirinya...klu rse diri tu islam ikut cre islam...sorry klu terkasar...tetapi haruslah diingatkan jgn keterlaluan..cbe berubah ke arah kebaikan...mmg byk sy terima msg ttg kiamat akn dtg 2066..mmg jauh lg...ttp itu blm ckp kuat utk membuktikan kiamat akn berlaku pd mse itu...tah2 esk kiamat siapa tahu...jd perlu ke kte tgu dlu bnde tu jelas bru nk tutup aurat...XXXXX ni sy nk bgtahu...adakah anda mahu jd mcm firaun....hampir mati bru nk bertaubat.....maka segerakanlah menutup aurat tu....sy tahu saudari msti akan menjawab dgn lebih baik smpaikan kami mati ayat...ttp mati ayat kami bkn mati kami....kami terus menasihati anda....so igt jgn jd mcm firaun bertaubatlah segera....klu nk tunjuk pn just muke dgn tgn dah  lah...apa nk tunjuk lbh2....nnti bakal suami anda yg rugi..sbb bnde yg die sorang punyer org lain dh tgk...tak exciting lak... heheheehe sy gurau je tu...apa2 pn do the best as a muslimah....."

"salam...maaf mencelah....kenapa kita hanya berfikir zaman nabi pelacur bagi minum pada anjing n dia masuk syurga....knp kita tidak b'fikir kenapa rasulullah s.a.w menitiskan air mata tersangat2 apabila baginda berjalan pada mlm isra' dan mikraj pada saat baginda dibawa oleh jibril a.s ke neraka..... disana ramai wanita2 beragama islam dan umatnya disiksa oleh allah swt dengan siksaan yang pedih... antara wanita yang disiksa oleh allah swt adalah wanita yang tidak menutup aurat.  perkara ini terang dan jelas diberitahu oleh rasulullah... dan jgn kita pertikaikan org yang bertudung itu baik atau jahat....setiap manusia akan melakukan kesalahan dan dosa....tetapi ianya akn terhapus dengan taubat nasuha....
tetapi saya ingtkan pada golongan yg tidak tutup aurat ni.....sifat tidak menutup aurat ni mengambarkan jauhnya diri kita pada allah swt dan hati kita tersangatlah kotor dan mudah diperdayakan oleh syaitan laknatullah.....jgn kita membenarkan benda yang dihramkan oleh islam...dan  kita sepatutnya merenung adakah diriku ini akan masuk syurga pada akhirat nanti....
renung2kanlah....
serta bertaubatlah wahai saudara seagama denganku....ingatlah rintihan rasulullah disaat baginda hendak mati yang sentiasa menyebut umatku umatku secara berulang2 kali... 
dari hamba allah...."
"aku pelik la yg korg ni nk nasihat org tp diri sndri kelaut, kecoh smpai nk ke alam perrkahwinan ni ape citer aku pon xnk bersuamikan org2 mcm korg ni.. igt, yg baik xsemstinya dgn yg baik kecuali terpilih.."


"sy bkn nk mengambil tahu tepi kain org.... sabda nabi.... sampaikan daripada ku walaupun sepotong ayat....disini rasulullah menyuruh manusia saling mengingatkan antara satu sama lain tentang kehidupan supaya  tidak terjerumus dalam kebinasaan... wahai saudari ingatlah hidup mnusia bkan lah kekal selamanya.... dan kena lah ingt muslim n non muslim ada perbezaan antaranya aurat kita.... wahai saudari fikir2 kan lah jgn lah kita menghalalkan benda yang haram..."


tu la antara ayat-ayat yang aku ambil di sini yang buat aku tertarik untuk kongsikan dalam blogku.  Sedih juga bila hal macam ni dah terjadi.  Mereka pun dah pandai nak menegakkan benang yang basah.  Memang benarlah apa yang pernah aku baca. "Orang yang jahil akan memberi apa sahaja alasan untuk menyatakan YA bagi yang dah terang2 dinyatakan BERDOSA dalam al-Quraan".Kalau aku berdepan dengan situasi menasihati orang-orang macam ni, mungkin aku pun akan mati ayat andai ilmu tak cukup. W/hu'alam


7 tautan:

Qabsah Anisah berkata...

Bertudung atau Berfesyen? Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

Qabsah Anisah berkata...

Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, bonggol pada dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat singkat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Qabsah Anisah berkata...

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan.
Wallahu'aklam
"apa yg dikatakan bukan semua yg bertudung dan hanya sekadar prkongsian"...

Qabsah Anisah berkata...

Wahai wanita tidak Bertudung...!!!
Wahai wanita tidak bertudung,
Sungguh cantik alunan rambut mu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.
Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.

Qabsah Anisah berkata...

Wahai wanita yang bertudung...!!!
Sungguh cantik alas kepala mu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah lah bentuk tubuh,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada.

Qabsah Anisah berkata...

Wahai wanita bertudung labuh...!!!
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa.

Wahai wanita yang bertaqwa...!!!
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh,

Wahai muslimah solehah pula...!!!
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.

Dengarlah wahai wanita...!!!

Sahutlah seruan ini...!!! JIKA ANDA BERMARUAH...

Qabsah Anisah berkata...

sumber-sumber ulasan dari

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000473806803&v=wall&story_fbid=152466498107370&ref=notif&notif_t=feed_comment_reply

Updates Melalui E-Mail