QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
27 Disember 2010

Peringatan daripada dua neraca

Sebaik-baik pakaian adalah takwa. Hanya dengan ketakwaan sebenar kepada ALLAH, menjadikan seseorang itu redha dan tunduk kepada setiap suruhan dan laranganNYA. Tubuh yang cantik dan indah bukan tiket untuk meraih perhatian manusia, tetapi sebagai ujian ketaatan selaku hamba kepadaNYA .








Firman Allah swt yang bermaksud:

Dan tidaklah (patut) bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah, apabila ALLAH dan RasulNYA telah menetapkan satu ketetapan, aka nada bagi mereka pilihan(yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa yang menderhakai ALLAH dan RasulNYA maka sesuungguhnya ia telah sesat-surah al-Ahzab:36

ALLAH swt juga menegaskan di dalam ayat lain bermaksud:

Kemudian sesungguhnya pada hari itu kamu akan ditanya akan segala nikmat kamu (di dunia)-surah at-takaathur:8

Kurniaan yang pelbagai daripada ALLAH di dunia ini, harus disalur kepada usaha mengajak manusia agar mengabdikan diri kepadaNYA. Biarpun hanya sekadar mengajak mereka bertudung dan pakaian menutup aurat, kerana ia mampu mengawasi pemakainya untuk lebih menjaga tingkah laku dan akhlak selaras dengan pakaian yang dipakai. Tambahan pula, pakaian melambangkan imej agama yang dianuti.

Jangan nanti ketika di Mahsyar untuk diadili, pakaian indah yang diagungkan menutup aurat itu bertukar menjadi saksi kepada rasa riak, angkuh, dan ujub serta menjadi pembukti bahawa pelakunya pernah melakukan dosa ‘mengelirukan’ manusia lain akan kewajiban sebenar menutup aurat. Nauzubillahiminzalik.

Sedarlah… bukan ‘fesyen islamik’ atau busana muslimah yang akan membantu kita di sana kelak tetapi amalan jasad dan rohani yang selari dengan tuntutan ILAHI.

Rasulullah saw banyak mengingatkan tentang ramainya wanita yang menghuni neraka. Maka sematkanlah peringatan baginda itu di dalam jiwa agar ia mampu mencegah diri daripada terjerumus ke lembah yang hina suatu hari nanti. Jika rambut terasa sakit apabila disentap oleh tangan si kecil, maka kesakitan ditarik rambut di dalam neraka hingga menggelegak isi kepala, apatah lagi. Manakala, kesakitan jari akibat terhiris oleh pisau yang kecil, pastinya tidak tertanggung dengan pedihnya badan yang dipotong dengan gunting api neraka.

Di dalam hadis rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (riwayat Muslim), baginda bersabda yang bermaksud:

Ada dua golongan daripada ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya iaitu:

1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam)

2. Perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian

gambar : link

0 tautan:

Updates Melalui E-Mail