QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
8 Disember 2010

Persepsi cinta berbeza

Remaja perempuan anggap teman lelaki sebagai suami manakala remaja lelaki pulaningin mencuba, mencari pengalaman seks atau menyahut cabaran rakan.
 
Bagaimana pelajar perempuan yang rata-ratanya mempunyai pencapaian pelajaran lebih baik berbanding lelaki, termasuk mahasiswa pengajiaan tinggi boleh terjebak dengan masalah social terutama isu seks sehingga mengandung dan melahirkan anak luar nikah?
 
Jawapannya mudah.
Pencapaian remaja perempuan di Negara kita sebenarnya ketinggalan dalam hubungan social dan pengetahuan mengenai tubuh badan; terutama membabitkan isu seks, kedaraan, kitaran haid dan kehamilan.
 
Malah ada yang tidak tahu mengapa seseorang wanita mengeluarkan darah ketika haid, dimana letaknya selaput dara, berapa bukaan (lubang) yang ada dikawasan sulit dan sama ada seorang wanita boleh hamil tanpa melakukan hubungan seks.
 
Ini adalah hasil penemuan beberapa kajian dilakukan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta KotexBody Life IQ. Yang lebih membimbangkan ialah remaja perempuan menjadikan seks untuk membuktikan cinta kepada pasangan mereka.
 
Ramai tidak tahu impian atau persepsi cinta remaja perempuan tidak sama dengan remaja lelaki. Remaja perempuan anggap teman lelaki sebagai suami manakala remaja lelaki pulaningin mencuba, mencari pengalaman seks atau menyahut cabaran rakan.
 
Ada tiga jawapan diberi remaja lelaki(pelajar sekolah menengah)dalam kaji selidik dijalankan LPPKN mengenai reaksi mereka jika teman wanita hamil
  1. Menuduh teman wanita curang-(melakukan hubungan seks dengan lelaki lain. Ini kerana jika perempuan itu mudah di ajak bersama, tidak mustahil dia juga dia boleh melakukannya dengan orang lain)
  2. Melarikan diri
  3. Sanggup membunuh teman wanita bagi menghapuskan bukti

Tidak ada seorang pun responden dalam soal sellidik berkenaan sanggup bertanggungjawab dengan mengahwini teman wanita mereka atas pelbagai faktor seperti
  1. 1. Tidak bersedia 
  2. Umur terlalu muda
  3. Belum habis sekolah
  4. Tidak mempunyai pekerjaan
 
Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke-4 LPPKN (2004) mendapati 2.2 peratus golongan muda yang berumur antara 13 hingga 24 tahun (kira-kira 132,000 orang) pernah melakukan hubungan seks luar nikah.
 
Kajian di Negeri Sembilan(2006) mendapati 5.4 peratus melakukan hubungan seks buat pertama kali pada umur 15 tahun manakala kajian media LPPKN pada 1998 mendapati 27.2 peratus golongan muda mengadakan hubungan seks pertama ketika berusia 16 tahun dan umur paling muda direkodkan adalah Sembilan tahun
 
Berdasarkan rekod klinik dan hospital kerajaan yang dikaji, 19 peratus kes hamil luar nikah membabitkan remaja di bawah 18 tahun dan lebih menyedihkan,65 peratus daripada mereka adalah remaja Melayu.
 
Soal selidik seksualiti ke atas 1,303 remaja berusia 15 hingga 24 tahun mendapati lebih ramai remaja mula berpacaraan pada usia awal (15-18 tahun) berbanding mereka yang tamat sekolah (18-20 tahun). Ketika bertemu janji 65% remaja di Semenanjung menganggap berpegang tangan adalah perkara biasa; 26.2% pernah bercium dan 16.6% pula pernah meraba-raba.
 
Itu belum masuk kes mengandung anak luar nikah, pembuangan bayi, pengguguran tidak selamat sehingga boleh mengancam nyawa atau mati ketika bersalin bersendirian seperti pernah terjadi pada bekas pelajar pusat pengajian tinggi.
 
Bagaimana pula dengan kesan psikologi yang dialami remaja perempuan ini selepas melakukan satu demi satu kesilapan yang menjadi titik hitam dalam hidup mereka?
 
Ada ibubapa bertanya, bagaimana anak yang dididik dengan baik dan dibekalkan ilmu agama sejak kecil boleh terjerumus dengan masalah ini pada usia muda?
 
Antara faktor dikenal pasti menjadi penentu kepada aktiviti seksual remaja ialah:
  1. Umur (biasanya berlaku pada akhir remaja)-Timbulnya keinginan untuk mencuba 
  2. Status sosio ekonomi-biasanya lebih banyak masalah dilaporkan dikalangan remaja daripada keluarga berpendapatan rendah
  3. Kurang pendidikan agama
  4. Kurang kawalan ibubapa
  5. Pencapaian akademik yang rendah
  6. Tingkah laku ketika bertemu janji (jika banyak bersentuhan fizikal, lebih tinggi kecenderungan melakukan hubungan seks
  7. Ciri-ciri keluarga (latar belakang keluarga, sokongan dan kawalan ibubapa)
  8. Pengaruh rakan sebaya
  9. Etnik(bangsa)
 
Menurut PerundinganObstetrik dan Ginekologi, Dr Harlina Halizah Siraj, isu seksual membabitkan remaja kini semakin membimbangkan, terutama pada remaja perempuan, kerana setiap perlakuan seks beban member kesan langsung kepada mereka.
 
“antara punca masalah reprodaksi atau seksual remaja adalah  
  1. Kurang pengetahuan agama dan moral 
  2. Keruntuhan institusi keluarga 
  3. Gaya hidup meterialistik (mementingkan kebendaan) 
  4. Pengaruh rakan sebaya dan media”
 
Ini akan membawa mereka terbabit dalam masalah pergaulan bebas, seks luar nikah, seks rambang (dengan banyak pasangan) dan penagihan dadah dan alcohol
 
Akibatnya berlaku masalah lebih besar seperti kehamilan yang tidak dirancang,pengguguran tidak selamat, pembuangan bayi (samada niat untuk diselamatkan atau mahu di bunuh), jangkitan penyakit kelamin dan virus HIV, keganasan seksual dan eksploitasi seksual ( dipaksa menjadi pelacur atau dipergunakan untuk kepentingan lain)
 
 
sumber (Harian Metro, Ahad 28 November 2010)

0 tautan:

Updates Melalui E-Mail