QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
18 Oktober 2013

~Nukilan Subuh Jumaat~


Saat kaki melangkah pergi menyahut seruan Ilahi,
Hati dan Lisan kumat-kamit memohon redha Illahi,
Jemaah Raudathul Ilmi masih terlena diulit mimpi,
Tak kurang juga ramai yang digerakkan hati,
Istiqamah berpagi-pagi,
membesarkan Allah di Teratak Syurgawi.

Saat itu,
Tergerak hati mendongak ke langit Ilahi,
Cahaya itu meruntun hati,
Purnama nan Indah menjentik hati,
Terkesima Diri lantas terbisik di hati,

"Wahai Purnama, Wahai Purnama, Yang Indah Lagi Sempurna,

Bagaimana nak ku luah dengan kata-kata"

Hati terkenang akan Baginda, Indah umpama purnama.
Purnama nan Indah penenang Jiwa.

~Ya Rasulullah,
walau tidak pernah melihat wajahmu nan indah,
namun Indahnya purnama menggambarkan segalnya,
Molek pekertimu, lembut akhlakmu~

~PENENANG JIWA~
13 Oktober 2013

Fitrah seorang wanita




Fitrah seorang wanita itu, tertutup dan tersembunyi.

Fitrah, tidak suka dikenali atau mengenal lelaki yang bukan mahramnya.

Fitrah, bahawa kaum ini mempunyai perasaan malu yang amat tinggi.

Fitrah, bahawa mereka selalu berusaha menjaga izzah dan iffah diri.

Semestinya, yang tertutup itu lebih terjaga.

Buat wanita, tak semua perkara boleh dikongsikan di alam maya.

Biarlah ia menjadi rahsia milik peribadi.

Biarlah, hanya Allah dan RasulNya mengetahui.

Sama-sama saling menjaga fitrah diri.

Wanita, eksklusifkan diri anda.

Sekadar nasihat, buat diri sendiri semestinya.

Setiap Hubungan Itu Ada Halangannya



Buat tatapan para pembaca yang single.. bertunang dan berkahwin..

    Single
    “Ah! bosan tol single,hp xde org text,hp baling ke laut je r!!”

    Bertunang
    “Ah! nak kawen belum cukup modal!!”

    Berkahwin
    “Mana dengan bil-bil, mana dengan makan hari-hari, belanja transport anak-anak pula!!!”

Bila kita renung semula, setiap apa yang berlaku dengan kita semuanya ada sebab yang tersembunyi dan kita tidak ketahui. Mungkin orang yang berkahwin sekarang merasakan mereka inginkan kehidupan yang single. Tapi orang yang bertunang pula tak sabar nak kahwin.

Namun pernah ke tidak kita berfikir kenapa setiap hubungan itu ada halangannya masing-masing?? Kenapa kita? mengapa kita?

Sebab Allah nak uji sejauhmana kita bersabar, jadi seorang yang ikhlas. Hanya Allah yang tahu sama ada kita sudah bersedia atau tidak!

Tapi sejujurnya Allah sangat tidak menyukai hambanya yang memilih untuk sentiasa berseorangan “single”.


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.



surah ar Rum ayat 21


Pasangan Bertunang

Ingin saya ingatkan di sini Allah mencipta kita berpasangan terpulang pada kita untuk memperbetulkan bagaimana. Bagi pasangan yang bertunang belajar untuk saling menerima dan memahami.

Konteks lebih tepat bukan hanya menerima dan memahami pasangan sahaja tetapi juga keluarga pasangan. Walaupun hakikatnya sukar tetapi belajar untuk memahami dan saling menghormati itu penting.

Bagi lelaki, jangan hanya inginkan perempuan memahami keluarga lelaki tetapi menjadi satu kewajiban lelaki untuk memahami keluarga perempuan juga.

Bukan apa, jadi bakal suami ini kita perlu tunjukkan keikhlasan dan tanda kita menghormati keluarga perempuan agar ibubapa perempuan lebih berkeyakinan kita mampu untuk menjaga dan mendidik anak mereka.

Begitu juga dengan perempuan, JANGAN bila sudah mempunyai keluarga yang baru keluarga yang membesarkan dan mendidik kita dari kecil ditinggalkan. Walaupun dalam apa keadaan sekalipun.

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;



surah an nisaa’ ayat 36





Bagi yang telah berkahwin, apa sekalipun ujian dan cubaan Allah berikan bersabarlah dan ikhlas menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing. Hidup ini tidak sempurna dan yang sempurna hanya Allah.

Kita hanya mampu menjadi perancang tetapi rancangan Allah sebaik-baiknya rancangan. Allahualam. InshaAllah keluarga sakinah itu datang dari diri kita sejauhmana kita mengkehendakinya sejauh itu kita perlu berusaha kepada-Nya.

****



Hidup jangan seperti mendaki gunung tapi separuh jalan, melihat lautan hanya pada permukaan. Tapi jadilah manusia yang mendaki gunung hingga ke atas kerana pandangannya Ya Allah indahnya ciptaan-Nya. Begitu juga lautan, bila kita masuk ke dasarnya, Ya Allah…

Begitulah rencah kehidupan hanya dipandang tanpa penghayatan sama dengan hidup tanpa pedoman! fikirkan…
9 Oktober 2013

Jika aku seorang ikhwan....




Wahai Ukhti..

Jika aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tanpa malu mendekatimu, apakah engkau tidak berasa takut terjerat padaku..?

Jika aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tanpa rasa malu dengan genit menggodamu, apakah engkau tidak berasa malu pada kegenitanku..?

Jika aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tanpa segan merayumu, apakah engkau terbuai oleh pujuk rayuku..?

Jika aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tidak berdaya menjaga kemuliaanmu ketika berdekatan denganmu, apakah engkau tidak dapat menolakku dengan perisai malumu..?

Jika aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tanpa berasa berdosa berani menyentuhmu, apakah engkau tidak takut Allah murka padamu..? Masihkah engkau percaya pada ucapanku..?

Tidak curigakah engkau padaku..?

Tidak mahukah engkau menjauhiku..?

Atau kerana engkau telah terjebak ke dalam jurang cinta nafsu, sehingga engkau tidak mampu menolakku meskipun engkau tahu semua ucapanku, "Mencintaimu kerana Allah" adalah palsu.

Ketahuilah ukhti..

Jika aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu kerana Allah, aku tidak akan berani menyentuhmu bahkan hatimu sekalipun.. Kerana aku malu kepada Allah jika bayanganku mengacau kekusyukan ibadahmu.

Jika aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu kerana Allah, aku tidak akan pernah berani merayumu, menggodamu, bahkan dengan bebas tanpa batas berinteraksi denganmu kerana engkau belumlah halal bagiku. Aku malu jika harus membuatmu lebih banyak mengingatiku daripada mengingatiNya. Aku malu jika harus menjadi seseorang yang membuatNya cemburu padamu kerana engkau rela melanggar larangan-laranganNya kerana cintamu padaku.

Jika aku seorang Ikhwan sejati yang mencintaimu kerana Allah, aku tidak akan khuatir tidak dapat memilikimu kerana tidak mengungkapkan cintaku padamu sekarang meskipun saat ini aku begitu mengagumimu dan menginginkanmu menjadi bidadariku kerana aku yakin jika engkau memang ditakdirkan untukku, engkau pasti akan menjadi milikku meskipun aku tidak mengikatmu. bukankah jika Allah tidak mentakdirkan kita bersama walau sekuat mana ikatan perhubungan pasti akan terlepas juga akhirnya.

Jadi untuk apa aku risau..?

Ukhti..

Sedarlah. Jika aku seorang ikhwan yang benar-benar mencintaimu kerana Allah, aku hanya akan berani merayumu, menggodamu dan menyentuhmu setelah engkau telah halal bagiku.

Untuk semua Muslimah tetaplah berusaha menjadi solehah meskipun zaman telah berubah..

Barakallahufik..

Calon 'MADRASAH'


Wanita muslimah adalah calon Madrasah (Sekolah) kepada anak-anak yang bakal dilahirkan kelak.

Hakikatnya mendidik para muslimah adalah untuk melahirkan madrasah-madrasah baru iaitu anak-anak.


Jika baik madrasah yang dididik itu, maka baiklah madrasah-madrasah (anak-anak) yang akan dihasilkan kelak


(LA TAHZAH), Innallaha Ma'ana....Sesungguhnya ALLAH bersama kita




Demi cinta yang takkan lenyap




"Setiap yang bertunang, ataupun yang ada perasaan sebelum nikah ini sedang berdusta, sedang tak menjadi dirinya yang sebenar.

Jadi, kalau kamu bercouple, berkawan-kawan, 20 tahun sekalipun, kamu takkan kenal dia. Yang kamu kenal adalah lakonannya. Buang masa je kalau kita kata nak kenal dulu sebelum nikah.


Kita hanya akan mengenal seorang PACAR, bukan seorang SUAMI. Sebab masa berkasih yang kita cari cuma keindahan-keindahan, kita cari hanyalah keseronokan.

Masa berkahwin, kita kenal dia, kelemahan dan kebaikan dia. Kita cuba bantu untuk tingkatkan potensi dia. Dan, kalau kita berpacaran, bercouple sebelum nikah inii, syaitan akan jadikan itu satu modal penting untuk rosakkan alam rumahtangga kita nanti.

Sebab masalahnya,

  • ada masalah yang kita undang,
  • ada masalah yang tak diundang.



Yang kita undang ialah
  • bila kita sekarang tak setia,
  • bila kita sekarang tak ambil Allah nombor satu,
  • bila kita sekarang sanggup dekati jalan-jalan zina.

Dah nikah nanti pasangan kita duk facebook dengan suami orang, pasangan kita duk facebook dengan isteri orang, jangan terkejut... Kalau dia tawarkan cinta kepada adik, duk puji kecantikan wajah adik, jangan terkejut nanti dia jadi seorang suami yang mata keranjang. Kalau caranya itu tak meletakkan Allah nombor satu, tak takut pada Allah, dia sedang persembahkan cinta yang rapuh yang sementara untuk adik. Dan cinta itu takkan bawa bahagia.

Tapi kalau kita ambil sebab cinta itu kerana agama dan akhlaknya, kerana Allah, Allah takkan lenyap, cinta itu pun takkan lenyap..."

[Kak Fatimah Syarha]




Updates Melalui E-Mail